Hari bapa disambut pada hari ahad minggu ketiga pada setiap tahun..Tahun ni jatuh pada 21 Jun 2009..Di kesempatan ni,aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada arwah ayah ku..Segala pengorbanan dan kasih sayang mu takkan ku lupa kan...Hampir 2 tahun sudah ayah meninggalkan aku..Hingga kini masih terasa seperti ayah pergi keluar bekerja dan akan kembali setelah tugas ayah selesai..Entah bila dapat bersua kembali..Tapi itu semua hanyalah angan2 palsu buat diri ku..Ayah takkan kembali lagi kerna ayah dah pergi ke alam yang kekal abadi selamanya...Lagu ni mengingatkan aku pada ayah dan juga pada sahabat2ku yang banyak menaikkan semangat aku ketika diri aku 'down' saat kehilangan ayah tercinta..
Ayah pergi buat selamanya pada 11 Ogos 2007 = 27 rejab..Esok 1 rejab sudah..Sekejap je rasanya masa berlalu..Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa aku amat merasai kehilangan mu ayah... Ayah tiada di sisi di saat aku menerima segulung ijazah ku..Sedangkan ayah pernah berjanji akan bersamaku tika saat yang dinantikan itu tiba..Dan aku akan merasa ketiadaan mu skali lagi seandainya aku bertemu dengan jodoh ku..Ayah takde untuk mewalikan aku..Sedangkan,akak2 ayah yang walikan mereka..Kenapa ayah tak berpeluang nak mewalikan aku plak..
Al-Fatihah buat AYAH...
Masih terasa hangatnya sentuhan terakhir...
Tangan yang kupicit itu tangan yang terikat di birai katil lesu...
Tangan yang semangatnya telah dipanggil terlebih dahulu...
Tangan ayahku..
Aku berteleku penuh bersalah...
Dadaku penuh resah...
Mathuratku beralun gundah...
Apakah gerak rasa yang memberatkan hati benar kan terjadi?
Kini terngiang jelas di telingaku..
Aku yang paling benar dia sayang..
Dan menderulah air mataku...
Bila menyedari pemergian kasih hatiku itu..
Dalam balutan kain batik jawa yang berbalam-balam..
Sekujur tubuh ayah kaku…
Jari pucat biru...
Kaki kuning sejuk menyerbu...
Dan dadaku sewaktu itu diasak-asak keras ...
Tangisan hatiku menjadi deras...
Ku pejam mata dan berkata..
Allah…! Ayahku….
Masih basah ingatan ini di pagi sementara menunggu jenazah dimandikan..
Aku berteleku terus mengalunkan ayat Quran...
Berjurus-jurus yasin kuhadiahkan...
Serta air mata cuba kutahan…
Pilu jiwa Tuhan saja yang bisa mengertikan...
Perlahan ku menyusup di kepala ayah..
Sambil kutiup ayat yang kubaca...
Aduhai ayahku sayang..
Betapa seluruh amalmu akan ditimbang...
Tanggungjawabku menambah pahala dari belakang..
Sebagai tanda kasih dan sayang..
Dan masih lagi hangat di kotak akalku...
Ayah kulihat dibalut 7 lapis kain kafan...
Serta dipakai baju tanpa tepi..
Ayah disolek dan diwangikan...
Kami sekeluarga cium sebelum mukanya ditutupkan..
Itulah terakhir wajahnya kami rakam di ingatan…
Jelas padaku..
Jelas sungguh semua itu..
4 takbir tanpa rukuk dan sujud menyaksikan ayah meninggalkan dunia fana…
Satu salam bersama imam cukup membuatkan kami semua terpana…
Berakhirlah perjuangan seorang ayah…
Moga dijauhkan seksa..
Moga kubur lapang dan terang dari gelita..
Moga bertemu semula sekeluarga di akhirat sana…
Al-FATIHAH
“Moga roh mu dicucuri rahmat, seksa mu dikurangkan, kubur mu dilapangkan dan diterangkan serta dosa mu diampunkan“
0 comments:
Post a Comment