Kak Ana call aku waktu aku nak tunggu azan Isyak tadi..Kak Ana ingatkan aku gi Kedah malam ni..Nak ikutkan memang aku nak gi malam ni..Tapi tadi bila aku tengok account bank aku, gaji aku keje kat Selesa Hotel x masuk2 lagi..iasa Irshad dah masukkan duit 28hb..Ni dah 1hb dah..Kene tunggu hari Isnin ni la aku nak call Irshad..
Kak Ana cerita pasal arwah Pak Teh..Arwah dah selamt dikebumikan dah pagi tadi..Kenduri tahlil dan arwah untuk 3 malam berturut2 ni Mak Teh buat kat masjid je..Kenduri arwah hari ke 7 nanti abru Mak Teh nak buat kat rumah..
Kesahnya, arwah kena demam campak..Dan kebetulan kat sana musim orang buat maulud..Arwah ni palk bedal je semua makanan yang ada, x berpantang..Tu yang doktor kata campaknya tak jadi keluar,tapi masuk balik ke dalam badan..Tu yang arwah kene tahan kat PMC 2 hari...Doktor masukkan kamera dalam badan arwah, dan kebetulan doktor dapati hati arwah dah diselaputi dengan lemak..Arwah ni dulu kuat merokok...Pastu ada 3 kebocoran pada usus arwah...Lepas 2 hari, doktor benarkan arwah balik ke rumah..Sehari je kat rumah arwah kene tahan balik masuk kat hospital Jitra...3 hari arwah kat hospital..MakTeh bitau kat Kak Ana, arwah dah xleh nak bercakap..Lidah dah kembang + kebas..Dah pakai pampers pun..Kak ana pun terkejut n x sangka arwah senazak tu..Malam semalam Mak Teh call Kak Ana bitau arwah dah nazak..Kak Ana n family terus gi hospital..Lepas diorang bacakan yasin arwah pun pergi...Macam tu je..Tuhan memudahkan urusan arwah kembali kepadaNya...
Yang aku ampu lakukan buat arwah hanyak memperbanyakkan bacaan yasin dan Al-Fatihah untuk arwah..
InsyaAllah, kalau xde aral Jumaat depan aku akan ke sana....
0 comments:
Post a Comment