? ??????????????Black? ????? ?? ???Rating: 3.9 (750 Ratings)??21 Grabs Today. 104034 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????2?? ?????????????????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (92 Ratings)??21 Grabs Today. 52875 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Co BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 30, 2009

--YEI...YEI...--

Esok aku balik kampung...Wah..Tak sabar rasanya nak sampai di rumah...Hehe...
Juz nak share..Tadi kak Baya call aku..one of my friends waktu kat green dulu..Katanya budak2 green dijemput utk reunion kat Desaru 12,13 & 14 Jun...Tapi mungkin sebab aku ex je,thats y la aku xdpt invitation emel tu...huhu..Ramai dah budak2 SPLSB, budak2 company aku yang dah resign. Entah berapa kerat je agaknya yang tinggal... xpela,dah orang x sudi nak jemput kita,nak buat camne kan...terima je la..hehe
Esok, pepagi aku dengan uncle bertolak balik Johor..Just both of us je yang balik..Supposedly anak uncle pun ikut balik,tapi as we know pelakon kita si Darling tu buat wedding ceremony..Huhu..So anak uncle dijemput untuk menghadirkan diri dia tu..Haha..ayat poyo je..Kalau tau dia x balik,mungkin kitorang dah balik malam ni dah..Takpela..Kat kampung pun sampai hari Isnin..Haaaa..Korang,doa2kanla aku..Isnin ni aku ada presentation dengan orang2 di Muar pasal projek company aku kat sana sepanjang bulan Sya'ban & Ramadhan nanti..Doa2kanla,kertas kerja aku diterima...Hehe..Adala duit poket untuk raya nanti..hehe...

Thursday, May 28, 2009

--:( :( ;( ;(--

Aku dapat rasakan yang ia semakin jauh dari aku walaupun dia hampir dengan aku..
Ini la nasib yang telah tertulis buat ku..
Menanggung derita seorang diri walupun dia tahu keadaan diri ku..
Semoga dia berbahagia dengan apa yang telah dirancang walaupun aku yang menderita...

--BZ...BUSY...BUZZ--

Pagi ni aku ke Kompleks Kraftangan Malaysia untuk taklimat tender on July nnti...Sampai tengahari...Uncle hantar balik tengahari tu,terus aku tido jap...huhu...Pastu malam tadi gi meeting jumpa semua staff untuk bincang pasal tender ni sebab tarikh tutup next week..So kitorang plan nak gi balik kompleks kraftangan tu esok petang,nak ukur2 site..Tugas aku la sok pepagi buat appointment..huh...Then,Alhamdulillah,minggu ni aku jadi balik Johor tapi Sabtu petang la bertolak dari KL..Ok la, dari x balik kan...Then event kat Kulai pun aku kena handle sendiri gak sebab waktu tu uncle ada urusan lain..So aku balik JB semula tapi semestinya xde masa untuk di kampung..huhuZul call aku last night,inform pasal wedding Jannah..Fatin pun call aku pagi tadi,juz nak plan sape yang p..InsyaAllah,berkesempatan nnati aku pergi..Pape pun to Kak J..Selamat Pengantin Baru..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ye..amin..
Pastu, aku dah mula sibuk nak buat proposal untuk bazar Ramadhan pulak..Life aku sekarang ni macam life aku waktu kat Kolej dulu..Huhu...

Wednesday, May 27, 2009

--KERJA GILA TAPI SERONOK--

Hari ni serabut sangat..Dengan berita uncle akan diterminate gara2 politic arrangement kat dalam ofis dia..Huh..Minta2 semua tu takkan terjadi...
Then,nak beli tiket train balik Johor habis...Pastu kitorang plan nak balik bawa kereta je la..Ok la fine...
Pastu malam tadi, uncle kata ada problem with event yang nak dibuat hari Ahad ni..Sepatutnya ada orang lain yang handle, tp disebabkan problem dari customer yang bengong tu, kitorang takleh balik johor minggu ni sebab kitorang diperlukan di KL..huh..Habis hancur plan..
Dengan kepala yang serabut tu, uncle ,kawan uncle and wife dia pergi tengok orang berkaraoke kat mana ntah nama tempat tu..Dekat je dengan umah aku..Melayan orang "tak betul" menari sorang2,dengan environment yang bising,rasa macam serabut tu semua terbang..Kitorang lepak sampai kul 12.30..Dah lebih pukul 12 kereta yang xde sticker xleh masuk kawasan perumahan aku..Menapak la aku jalan kaki balik blok aku..Dah la pintu pagar belakang dah tutup..Ya ampun...Rasa macam duduk kat asrama dah..huhuhu...
Tapi apa yang aku rasa bila sampai kat rumah...lega + lapang...kosong je rasa kepala aku ni....Cuma aku berharap, minggu ni jadila kitorang balik Johor...Lama sangat dah tak balik Johor...huhu

Sunday, May 24, 2009

--YA ALLAH...TUNJUKKANLAH...--

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang telah berlaku kepada nasib keluarga ku...
Ya Allah Ya Tuhanku
Setelah 2 tahun berlalu..
Kau memberitahuku sesuatu kepadaku dan keluargaku
Tapi kami masih tidak mendapat bayangan yang jelas Ya Allah...
Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya kami adalah dikalangan orang-orang yang teraniaya Ya Allah
Kau tunjukkanlah kepada kami Ya Allah
Jawapan kepada semua kesulitan ini
Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya kami tahu ini adalah ujian daripadaMu Ya Allah
Adakah kerana kami telah melakukan kesilapan Ya Allah sehingga Kau memberikan kami ujian ini?
Seandainya ya Ya Allah..
Ampunkanla segala kesalahan kami
Tetapi sekiranya ini adalah ujian dari Mu untuk menguji kami Ya Allah
Kami redha dan pasrah
Cuma kami minta pada Mu
Tunjukkanlaah dalang kepada semua ini Ya Allah
Ya Allah Ya Tuhanku
Berikanlah sinar cahaya kepada keluarga ku
2 tahun kami dibelenggu kebuntuan
Bantulah kami Ya Allah...
Kau kuatkanlah semangat ku untuk aku membela nasib keluargaku Ya Allah
Sesungguhnya Ya Allah
Hanya kepada Mu aku berharap,berserah dan bermohon..
Dan hanyalah Kau Ya Allah yang hanya dapat memenuhi permintaan ku ini...

--MADU--

Aku ke Banting Jumaat lepas..Aku ke sana naik bas dari Bustand Klang KL,kat dengan LRT Sasar Seni tu..SO that is my first time guna bustand tu,terkial-kial gak la..So dengan ringan mulut,aku bertanya dengan seorang kakak kat situ..Dan kebetulan dia pun nak ke Banting...Kak Laili...Cantik orangnya..Kami bertukar-tukar cerita..Dan dengan sengajanya dia memberitahu aku dia ke KL sebab berjumpa dengan husband dia.."Inilah nasib wife no 2"..That statement membuatkan aku terkejut..Dia bernikah dengan suami kepada kawan baiknya sendiri..Dah 5 tahun dia kahwin dan 4 tahun dia merahsiakan perkahwinan ni dari pengetahuan keluarganya..Last year waktu raya baru terbongkar tu pun sebab keluarganya nak menjodohkan dia dengan orang lain...
Selalu yang aku jumpa adalah wife yang 1st, tapi this is my first time berjumpa dengan 2nd wife..
Dan apa yang aku dapat simpulkan di sini, tak semua 2nd wife tu perampas dan jahat..Mereka tak berebut kasih..Tapi apa yang kak Laili dan husband dia buat tu betul..Dari mereka melakukan maksiat di belakang, lebih baik mereka bernikah dan menjalinkan hubungan yang sah dan halal..
Dan dapat aku simpulkan juga, sepatutnya wife pertama tak pelu terlalu berdendam dengan suaminya sendiri dan juga madunya, sebab pada aku, mereka patut bersyukur kerana mendapat suami yang tahu dosa pahala, halal dan haram.. Pada aku selagi si suami bersikap adil dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya, kita perlu bertolak ansur dan redha...
Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku, tapi cubalah korang selami sendiri hati dan perasaan orang yang bergelar isteri kedua..Mesti korang akan faham...

--ALHAMDULILLAH--

Alhamdulillah...
Akhirnya skrip terbaru aku siap juga...
Esok, InsyaAllah aku submit skrip aku....
Terima kasih Ya Allah mempermudahkan urusan ku...
:)

Thursday, May 21, 2009

--I MISS MY FAMILY...I MISS MY LATE FATHER :( --

Ni la arwah ayah aku
Ni pulak family kesayangan aku..

Entah kenapa, dua tiga hari ni aku asyik teringat ayah...Kenapa ye..Ayah panggil aku ke...???Setiap kali aku teringat kat ayah, aku tak putus-putus sedekahkan Al-Fatihah buat ayah...
Kalau ayah ada sekarang, ayahla yang sibuk suruh aku balik setiap minggu agaknya..Yela,KL-JB x jauh mana pun..Kalau tak pun mesti setiap hari selepas waktu Maghrib, telefon aku berdering-dering minta di angkat..Tak jawab ke atau lambat jawab ke,habisla bising ayah..Takut anak dara dia ni buat apa..hehe..Ana rindukan semua tu ayah...
Emak...Rindu dengan mak...Rindu masakan mak...Rindu nak tengok wajah emak..Nasib la gambar mak dan ayah sentiasa ada bersama aku, x kira mana pun aku pergi, aku akan bawa...
Sebab pada aku, walaupun emak jauh,ayah dah takde,tapi mereka sentiasa ada di sisi aku..Setiap langkah dan perbuatan aku,aku bersandarkan pada nasihat dan pesanan mak dan ayah...
Akak-akak ku...Akak & Kak Dik,Ana rindu sangat..rindu nak cari gaduh..Rindu nak bersembang..Walaupun teknologi dah makin canggih sekarang ni,tapi kepuasan untuk bersama tu takde..
Anak-anak buah ku...Along-Adik-Manja..Maksu rindu sangat dengan korang..Rindu nak membebel dengan korang...Tunggu la maksu balik..Habis la gamat rumah tu maksu buat..Hehe..
InsyaAllah...Minggu depan aku balik,spent time bersama dengan family aku..

Ya Allah Ya Tuhanku..Limpahkanla rahmat dan kebahagiaan buat keluarga ku Ya Allah...
Ya Allah Ya Tuhanku..Tempatkan ayahku di kalangan orang-orang yang Kau kasihi Ya Allah...

--?"?"?"?"--

Tik Tik Tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Mahu mu jadi mahu ku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu
Rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mahu ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagia mu
Kamu tak tahu
Rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Kamu tak bisa
Bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu
Hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu

Kamu tak bisa
Bayangkan rasanya jadi diriku
Yang masih cinta

Tuesday, May 19, 2009

--BUSY...BUSY...BUSY...--

Sorry la...
I cant update my blog for a few days...
I'm so busy to completing and finishing my task by this week....
So i need to focus on my job...
huhuhuhu.....
Daaaaa........

Sunday, May 17, 2009

--KADANG-KADANG--

kadang2 hidup ni x seindah seperti yang disangka...
kadang2 hidup ni x adil pada diri kita
kadang2 apa yang kita nak x semestinya kita akan dapat
kadang2 kita terlalu menjaga hati dan perasaan orang sehinggakan hati kita hancur
kadang2 kita silap kerana memberikan peluang kedua walaupun orang kata kadang2 peluang kedua tu lebih baik dari yang pertama
Kadang2 kita merindui seseorang walaupun kita tahu dia takkan kembali kepada kita
Kadang2 kita sayang sangat kat dia tapi kadang2 dia tak hargai kasih sayang yang kita berikan

kadang2...kadang2...kadang2....
kenapa perlu kadang2 dalam hidup kita...

Sebenarnya kita tahu, apa yang terjadi tu semua sudah ketentuanNya..Indah atau tidak,kita kena redha...
Sebenarnya adil atau tidak kita sendiri yang menilainya..
Sebenarnya kita tak pernah tak dapat apa yang kita nak, sebab Tuhan tu Maha Memberi cuma kita ni je yang tak reti bersyukur...
Sebenarnya itulah kita dalam menjaga sebuah perhubungan.. Untuk mengelakkan perasaan benci dan dendam lebih baik kita merana sendiri demi melihat kebahagiaan orang lain..
Sebenarnya peluang kedua yang datang itu hanyalah untuk membuka mata dan hati kita bahawa apa pun yang terjadi,kita harus teruskan hidup kita ni..
Sebenarnya apa yang lebih baik,kita doakanla kesejahteraan dia
Sebenarnya lebih baik kita kasihkan Allah dari kita memberi kasih pada orang yang tak tahu menilainya...

Yang pasti hidup ni ibarat roda...Sekali kita di atas suatu hari nanti mungkin kita di bawah..Bila kita sudah berada di atas janganla pula kita lupakan pada orang di bawah..

--SELAMAT HARI GURU--

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

--USMAN AWANG1979--
Selamat hari guru buat semua guru-guruku yang tercinta...::
(TADIKA KEMAS CHOKOH - 1990/1991)
(SK ANDEK MORI - 1992/1998)
(SMK SRI KUKUP - 1999/2003)
(SEK AGAMA FARDHU AIN SERKAT - 1991/1992)
(SEK AGAMA SERKAT - 1993/2000)
(SEK AGAMA BANDAR PERMAS - 1999)
(PUSAT TUESYAN HAMSAR - 1996/1998)
(PUSAT TUESYEN TABUNG HAJI PONTIAN - 2002/2003)
(KOLEJ MATRIKULASI JOHOR - 2004/2005)
(UNIVERSITI UTARA MALAYSIA - 2005/2008)
(GREEN PROGRAMME - 2008/2009)
Cikgu....
Terima kasih atas jasamu selama ini..
Akan ku gunakan segala ilmu yang diberikan dengan sebaiknya..
Cikgu...
Takkan aku lupakan mu walau seketika pun
Walaupun kita jauh terpisah
Aku sentiasa doakan kesejahteraan kalian..
Buat guru-guruku yang telah pun menyahut seruan Ilahi..
Aku sedekahkan Al-Fatihah buat kalian..
Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang dirahmati oleh Allah s.w.t..
Buat semua guru-guruku yang berada jauh di mata tapi dekat di hati..
Aku harap kita dapat bertemu dan berkumpul lagi suatu hari nanti...
InsyaAllah...

Friday, May 15, 2009

--PWTC--

Hari ni lepas semua urusan aku selesai,aku pergi PWTC..Aku pergi dengan Saif,El & kawan dia...Lily pun ada tapi aku x sempat nak jumpa dia...Pastu dalam karnival kerjaya tu aku jumpa Ummu dengan Yazi..Henry pun aku jumpa lagi arini..Seharian kat dalam PWTC tu mencuba nasib..Akhirnya bila kaki dah penat pusing satu dewan yang besar tu,aku dengan Saif masuk ke dalam dewan tempat perasmian untuk majlis perasmian yang dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin..Menteri Pengajian Tinggi...Tengah2 YB tu dok berucap,aku dengan Saif pun keluar sebab dah lewat dah...Sebelum balik kitorang gi The Mall makan kat The Chicken Rice Shop..Dah nak habis tu waktu nak bayar, datangla Pak Singh mana ntah..Tukang tilik kononnya..Kitorang xnak,tapi dia macam nak paksa2 plak..Dia mnta tangan kiri aku..Dia kata x kena bayar pun..Bila aku hulur,ntah apa yang dia merepek meraban,tetiba minta duit..Huhu..Ingat nak bagi la 5 ringgit je,skali Pak Singh ni punya demand minta 10 ringgit nak makan...Huh..Melayang 10 rgt aku macam tu je..Bila dia dah blah kitorang pun keluar la..Cari2 gak Pak Singh ni..Eh...xde dah..kejap je dah hilang..Huh..Dah dapat duit lari la...Staf kat situ pun x halang orang2 macam ni dari mengganggu customer dia..Poyo je staf kat situ boleh sambil2 tengok lagi Pak Singh tu menilik...Huh...

--KEKASIH GELAPKU--

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
Yang kucari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...
Hidupku...
Ku mecintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku mecintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang yang tahu

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Kekasih gelapku


Kekasih Gelapku..??Nape aku buat post ni arini..??Ntah...Mungkin sebab aku rindu pada dia..Rindu...??Mungkin..Mungkin aku terlalu merinduinya..Tapi...Serindu mana pun aku pada dia,sedalam mana pun cinta aku pada dia...Aku takkan dapat memilikinya sebab hatinya telah menjadi milik orang lain...Dia hanya akan menjadi milikku seandainya Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima aku...Tapi apa pun aku bahagia di sisinya...Dah berapa hari aku tak menatap wajahnya...Esok lusa???Kalau ada jodoh,pasti aku dapat bertemunya lagi...
Walau apa pun..CINTA pada ALLAH itu adalah cinta yang kekal abadi selamanya....

--AKU DIDERA????--

Wah..Tajuk entry aku kali ni...Betul ke...haha..Xdela..Saja je..Buat gempak...
hari ni blok aku takde elektrik plak..So kul 11 am uncle dah amek aku..Yela...xkan aku nak berpanas dalam umah plak..nak guna kipas manual???huh..Kitorang gi PJ gi tengok kedai yang nak disewakan..Tapi disebabkan parking takde,uncle je yang gi tengok..Aku dok kat kereta..Lepas tu..aku ikut uncle balik 'ofis' dia..Uncle nak nilai cerita,aku sambung buat kerja aku..Tapi ada masa tu aku menyibuk gak tengok uncle buat keje dia..hehe..bukan apa..Bosan..Aku pun tumpang la sekaki tengok cerita yang uncle nilaikan tu..hehe...Kelakar gak cite tu,..Sampai Pukul 2 aku kat 'ofis' uncle..Pastu uncle letak aku kat White Coffee kat Bangsar south tu..Tak jauh pun dari umah aku..Uncle tinggalkan aku kat situ sebab uncle kene balik 'ofis' dia balik untuk bentangkan apa yang dia dah nilaikan kat cerita tadi tu..Aku stay kat White Coffee sampai kul 5.30pm sorang2..Pastu baru uncle datang amek aku semula...Sepanjang dok sorang2 kat situ,aku siapkan la sikit2 skrip aku..hehe...
Aku boleh terlupa yang blok aku xde elektrik waktu nak balik tadi..Ingat pun sebab uncle yang tanya.."Kalau xde elektrik camne nak naik lift????" Hahahaha..Aku frust giler bila uncle cakap macam tu...Xkan aku nak menapak naik tingkat 7...Boleh patah kaki aku..Tapi nak tak nak memang aku kena menapak gak..huhuu..Sedihnyer....Balik tu memang aku lepak gila..Boleh tertido terus aku...Tapi dah maghrib,housemates aku pun kejutkan la aku bangun...buat itu buat ini kul 9 baru aku mandi..basuh baju...pastu...ingat nak sambung tido balik,tapi rumah aku malam ni meriah sungguh dengan telatah2 housemate aku..Aku pe lagi..join la sekaki...Haha...

Wednesday, May 13, 2009

--THANK YOU UNCLE--

Balik dari interview tu,sementara nak tunggu turn masuk bilik mandi,aku terlelap..Dengan kaki yang lenguh,badan yang letih,minda yang penat,hati yang sakit ni,tertido la aku setengah jam...8.30 uncle mesej kat aku suh turun kul 9 makan malam dengan dia..Aku pun cepat2la bangun,mandi..Kul 9 aku turun tunggu kat pagar,tempat biasa..Asalnya macam nak moody gak sebab penat, tapi ntah malam ni, uncle sepanjang jalan tu buat lawak dengan aku..Haha..Tak kering gusi di buatnya..Lawak ubat batuk tu yang aku akan ingat sampai bila2..Tapi lawak tu walaupun uncle yang create,tp kalo kata2 aku tu uncle terasa...hahahaha..sorry uncle..x bermaksud pun nak maksudkan yang tu..hehe...Uncle yang dgn baju ofis lagi,letih2 pun bawa gak aku kluar..Kitorang makan kat Bangsar..lepas makan ingatkan nak balik terus, tapi uncle bawa aku gi PJ and kat Old Town..Gi kutip no fon kedai yang nak disewakan..Huhu..Tugas aku la esok,call no2 tu gi survey harga sewa....Pukul 11 gak la uncle anta aku balik...Thanks uncle sebabkan lawak2 malam ni,hilang sakit hati aku tu semua..hehe...

--HARI2 YANG MENYENGALKAN--

Hari yang boleh membuatkan aku mengamuk satu badan...huhu..poyo je....Semalam,seharian aku mengunggun buat treatment story for my new script...Sampai x ingat dunia..Stop2 pun sebab perut dah berkeroncong..Kebulur kelaparan..Tapi aku tahan kan gak sebab aku dah janji dgn saif nak temankan dia kat KL Sentral..So makan dgn dia skali la kat sana...Aku temankan Saif sampai cousin dia dtg..Pukul 7 aku tunggu bas tapi punyala sengal bas petang tu..Nak dekat 1 jam aku tercongok kat depan tu,baru la bas ada..Dahlah dengan asap rokoknya...dengan crowdednya...Kul 8.10 pm aku sampai kat umah..Malam tu punya letih,kul 10 aku dah tido lepas iron baju nak gi interview kat JPNWPKL...
Pepagi lagi aku dah bangun..Kul 6 aku dah terjaga..Terus gi mandi..Sebab dah janji dgn Saif,kul 7 kuar dari umah...Pukul 7am aku baru nak turun lif,si Saif tu dah call bitau dia dah sampai kat KL Sentral..Hantu betul..janji kul 7 kuar umah, dia kul 7 dah sampai kat sana..Naseb ko la..Tunggu je la aku datang..
Kitorg naik taxi gi sana..Sampai je kitorg berpecah..Aku gi kat tempat guru siswazah,Saif gi yg PTD..Amek2 borang dpt yg x bernombor..Dapat2 nombor turn 281. Aku terjumpa kak Miza,Zack,henry,Lidya,Kasim,pastu sorg lagi budak GREEN dulu..Alamak lupa plak nama dia sape..hehe..Sorry..Yg aku tau dia tu awek Shah je...hehe...
Sorry to say,management diorang utk handle interview ni x sistematik langsung..Diorang ingt yg datang interview tu setakat 20-30 orang je agaknya...Sedangkan guru siswazah tu pun yg datang mendaftar dah 800++, jawatan lain lagi??????Soooooo lembab....Dah pukul 5 ptg pun turn aku x sampai lagi..Aku sebenarnya waktu lunch tu aku dah nak balik dah..Tapi, pakkal je..haaaa kan dah kuar bahasa johor aku "pakkal je"...Pakkal je si Saif,kak miza n kak aida tahan aku..Kalo aku sorang2 tu,aku dah nekad dah nak bla macam tu je...Dah pukul 5 ptg tu dia boleh announce kat sume,suh dtg balik esok pagi kul 8..Huh..Dia ingat kita dtg arini free2 je ke..Dia ingat dekat..Habis tu org yang minta cuti keje tu,leh suka2 minta cuti lagi esok..Xde akal ke apa..Poyo je...
Tu dah settle..Ni skrg nak cite pasal taxi kat hentian duta tu plak..Ya ampun,...akak kat kaunter tu ,jual je la kupon bagi kat kitorg ni ha...Dia sibuk plak gi kat taxi tu pastu terjerit2 sape nak gi sini..Sape nak g situ..Habis tu org yang tercangak kat kaunter ni apa cer..Nak melengah2kan masa orang plak..Dah tentu2 ni time org balik keje..Org nak elakkan jalan jam,dia plak buat hal..huh..Memang hari ni hari yang menyengalkan betul...Sakit hati aku harini....

Monday, May 11, 2009

--DUKACITA DIMAKLUMKAN--

Hari ni semakan temuduga untuk DPLI keluar..Aku minta tolong Lea tengokkan sebab waktu dah boleh tengok tu aku ada urusan kat luar..Rasa macam excited nak tahu..Tu yang aku minta tolong Lea..Nak tunggu aku sendiri yang pergi tengok,lambat lagi waktu tu aku nak balik ke rumah...Aku bagi no ic aku pada Lea..Then Lea reply aku x dapat..Huhuhuhuhuhuuhu..Rasa macam x percaya je...Balik tu aku try tengok sendiri...
Dukacita anda TIDAK TERPILIH untuk menghadiri temu duga bagi Program Pengajian Pendidikan di IPTA.
Wuargggghhhhhh....Sedihnya..Apa hala tuju aku lepas ni..Sedangkan ni yang aku tunggu selama ni..Adakah aku akan ikut perancangan aku sambung MASTER???????
No idea...No comment....

--KOPAK AKU HARI NI--

Huh...Hari ni la...Betul2 aku belanja..Tapi bukan ikut nafsu,tapi memang keperluan...Hari ni la tong gas umah aku nak habis..Hari ni la gak kipas dalam bilik aku menamatkan perkhidmatannya...Tong gas tu xpe lagi la..Guna duit umah..Kipas tu,aku share dgn Wanie(rumet aku) beli kipas kat Mid Valley.....Dah alang2 belanja kat situ,aku pun beli la meja untuk laptop aku ni ha..Bukan apa,aku memang memerlukannya..Penat aku asyik meniarap,duduk terbongkok2,xpun kadang2 tu alas bantal atas peha letak laptop atas tu bersandar kat dinding..Ni dah ada meja,senangla sikit...hehe...Duit belanja ni semua aku dah terguna duit yang aku keluarkan kat Time Square aritu untuk bayar broadband aku...Duit printer aku x dapat lagi..Huhu...Minggu ni plak macam rasa kena guna banyak duit plak..Huhu...Dunia..Dunia...Dunia..Semua perlukan duit.....
Esok plak..blok aku xde air 2 ari dengan alasan kerja2 pembaikan paip bocor kat blok ni...Huh..Dah jadi macam aku kat UUM dulu plak..Selalu xde air...Ni kat sini pun nak jadi camtu gak ke....Esok pepagi kenela tadah air untuk bekalan 2 ari..wuuuuaaarrrrggggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 10, 2009

--SELAMAT HARI IBU--







Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembira,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Selamat Hari Ibu buat ibuku dan ibu-ibu di Malaysia dan serata dunia..

--LOW YAT LAGI--

Hari ni aku gi Low Yat lagi..Cari printer..Uncle suh aku beli untuk bisnes dia...Aku gi la sana dengan housemate aku, Sue...Sue plak kebetulan nak settle payment U-Mobile kat time square....Lepas dia settlekan payment tu baru la kitorang gi Low Yat..Huh..Tempat yang aku survey aritu, printer tu harga RM179,tapi arini aku pergi dah naik RM10.Aku gi la jalan2 kat atas2 tu cari2 yg lagi murah tapi model yang sama...Punyala susah nak cari..Dah jumpa,mahal plak...Akirnya aku jumpa..Dapatla RM178..Lepas tu kitorang pun nak balik..Otw nak turun tu,eh..bersepah2lah plak printer yg aku cari tu...Td nak cari susah bebeno..Pastu..antivirus kaspeky yg uncle minta aku beli minggu lepas tu,dah turun hg plak...RM40 untuk 1 user..aritu aku beli RM68..huh..rugi2....Xpela..Dah lepas pun..Aku pun menjinjit la printer yang besar gedabak tu..Dahla plastik xde..kene pegang kat kotak dia je..huh...ni uncle kena belanja aku ni...Sebelum gi station monorel tu,aku gi la maxis centre kat Time Square tu,nak bayar bil telefon n broadband aku...huh...Frankly aku cakap,staf kat situ xde nilai2 customer servis yang elok...
Ok..Mai aku nak membebel jap...Aku masuk2 aku tanya la boleh buat payment x kat situ..dahla aku masuk x greet pun aku n sue ni...huh..bagus lagi maxis centre kat pontian tu ha...masuk2 cakap gak selamat datang..apa yang boleh dia bantu..yang ni...hampeh..dok ngadap komputer tu macam la busy sangat..1 komputer smpai 3 org staf yg tgk..buat pe nye tu..huh..Boleh dia ckp,nak buat payment kat mesin tu,kat sini xleh..Lelaki..melayu...berlagak bagus ar konon2nya...Dah la ni my 1st time buat paymet maxis guna machine tu...Sepatutnya,dah xde keje tu,tolong la customer ni ha..Terkial2 aku dgn su..Dahla xde direction pun kat mesin tu..Boleh plak dia perli aku,touch je skrin tu,touch je,x kena makan pun tangan tu...huh..kurang a_ _ _ tak...Dalam servis line camni,mana blh ckp dgn customer macam tu...Huh..Last2 aku bayar line fon aku je,broadband aku xbayar pun..Nanti la esok2 aku ajak uncle gi kat mana2 maxis centre yg ada kat sini...Eeee...Tolongla kalo staf macam tu..Nak angin gak satu badan ni, tapi sebab Sue ada,aku tahan jela....
Balik rumah,aku terus siang sayur..Sue plak masak...Sementara tunggu Sue siap masak,aku online la..Tengok2 En Aziz online gak..Aku tanyala pasal emcee cina tu..huhu..Dia kata ada,tapi emcee tu x reti cakap cina..melayu pun broken,english je ok..Ada sorang tu plak melayu,tapi reti la cakap cina sikit2..Tapi yang masalahnya Melayu ni plak asyik xde je...huh....Pening2...Pening kepala eden ni...
Lepas ni aku nak start sambung buat skrip aku..Ya Allah..Limpahkanla idea yang mencurah2 pada aku untuk meneruskan buat skrip yang kedua ni hingga ke akhirnya...Amin.....

Saturday, May 9, 2009

--STORY FROM NEGERI JELAPANG PADI--

070509
Hari khamis,7hb aku bertolak gi Kedah...Pagi tu uncle bawa aku g PJ dulu, tengok kedai yang nak disewa kat sana,tapi x jadi sbb space x cukup..Lepas makan uncle hantar aku gi lrt taman jaya.Dari sana aku terus ke Masjid Jamek pastu terus gi Pudu..Bas aku sepatutnya kul 2 tapi 2.30 baru gerak...Sampai dekat Ipoh, bas berhenti rehat 20 minit..pastu kitorang mula gerak..Masuk je hiway ipoh tu, subhanallah,jalan jem sampai kat terowong tu..Ingatkan lepas terowong tu dah x jem, rupanya panjang lagi jem tu..Biasanya amek masa lbh kurang 10 minit je..Ni kene spent time for 1 n half hour kat situ...Kesahnya lori minyak petronas accident..Huh..Tu la drive x berhati2..Dah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..Sepatutnya aku sampai kat Shahab dalam kul 8 atau pun 8.30 mlm tp kul 10.30 baru sampai..Pastu leh plah terjuma si ehsan kat sana...kantul bekas2 ciken pox kat muka aku ni..huhu...Kak Ana dengan Abg Din bawa aku gi makan dulu sebelum kitorang balik rumah...
080509
Esok pagi pukul 7.30 aku gerak gi umah Makteh..Ya Allah..Tuhan je yang tahu camne aku waktu tu..Camne aku nak berdepan dengan makteh..Camne aku nak jejakkan kaki kat umah tu selepas arwah Pakteh dah takde..Mesti banyak perbezaannya..Sampai je aku kat rumah Makteh,aku terus jumpa Makteh..Aku peluk Makteh..Sedih aku tengok Makteh..Ye la..Pemergian arwah x dijangka..Sakit tiba2,terus pergi..Seharian aku kat rumah Makteh,menolong orang kenduri..Mengantuk + penat...Tapi aku tahan kan je...Aku ingat nak tido umah Makteh malam tu, tapi keadaan x mengizinkan...Petang tu aku ikut kak Ana balik..Sebelum balik Alor Star tu,aku gi umah makcu n maktam kat Sg.Korok..Nak dekat kul 7 kitorang balik..Kan Ana dgn Abg Din bawala aku lalu depan muzium padi tu..First time aku lalu situ...Sepanjang 3 tahun aku belajar kat sana, xde pun aku gi situ..Huhu...Balik samapi kat umah tu aku mandi,solat terus tumbang..Haha..Zzzzzz...Time to sleep...hehe...Yela..esok kena bangun awal plak..Bas aku ke KL kul 9.45am.....
090509
Aku sampai lambat kat Shahab pagi tu..Aku naik bas pun dah kul 9.48...Nasib bas tu tunggu..Aku ingat aku org yang last naek bas tu..Tapi rupa2nya, ada lagi..minah2 india,bdk2 junior kolej aku dulu yang last naik..Dah la last pastu sepanjang jalan mulut dok meretai je...Nak tgu diorang senyap tunggu la waktu diorang tido..Huh...Perjalanan harini senang je...kul 3.30 aku dah sampai kat Pudu..Pastu aku menapak gi Central Market,naek bas kat sana..Malas aku nak turun naek lrt..Xpela jalan sikit..4.30 aku smpai kat umah..
Hari ni ada pasar malam kat rumah aku..Kul 6 aku turun g cari makan..Baie plak datang nak anta barang2 aku yg aku kirim dari kampung....
Ingatkan malam ni nak tido awal,penat punya pasal...Tapi pastu tiba2 uncle mesej,minta tolong cari emcee cina untuk majlis kat Kulai 24hb ni..Huhu..naseb baek En Aziz online malam ni...Aku ber ym dgn En Aziz minta no contact org yg dia kenal..Tapi dah malam lagipun...So esok baru la dia bagi....

Wednesday, May 6, 2009

--JUST FOR INFO--

Petang tadi aku ke Pudu...Sendiri...Beranikan diri..Uncle ajar aku naik bas tapi aku yang x confident..Last2 aku naek lrt..Kalo naek bas baru seringgit..Pergi balik dah 2 ringgit..Ni naek lrt,pergi balik dah 7 ringgit..huhu...Next time la aku belajar naek bas..Jimat sikit duit aku..hehe...
Asalnya aku cuma nak pergi beli tiket untuk uncle gi Muar ari Jumaat ni..Dah alang2 aku ada kat Pudu, akupun beli la tiket gi Alor Star..Huhu..Dah mahal dah harga tiket sekarang..RM39...xpela...Lagipun aku dah janji dgn Kak Ana aku nak gi sana..Tunaikanla janji..
So kawan2..Esok aku gi Kedah..So selagi aku x balik KL,selagi tu la aku x dapat nak update blog aku ni..Mungkin hari Sabtu atau Ahad baru aku update...ok..chow...

--LALALALA--

Semalam,ntah kenapa aku mengantuk sangat...Lepas Maghrib aku tertido dah..
Semalam aku x gi mana2 pun..Uncle pun x bawa aku kluar gi lunch semalam..Busy rasanya..Uncle cuma drop by draf proposal skrip yang baru..Aku kena retype balik draft tu...And from today onwards,aku akan start balik stay up sampai 2-3 pagi nak siapkan skrip yg baru ni..Tema kali ni pasal cinta plak..Hehe..Rasa macam melimpah2 idea aku nak buat cerita ni...Hehe..First skrip aku hari tu, aku dah submit dah skali dgn proposal dokumentari Sabah tu..Tak tahu la di terima ke x..Uncle msg pagi tadi kata dia tgh repair skrip aku..huhuhu...
Aku pun jadi chef x bertauliah gak semalam..Hehe..Aku ni,xdela reti memasak sangat..Sikit2 tu bolehla tapi sedap je kalo apa yg aku masak tu untuk tekak aku je..Kalo untuk tekak org laen,xtaula aku..Saif minta tolong ajar masak Kuew Tiaw Goreng..Huhu..Kalo aku main campak2 je..Tapi bila nak ajar org ni,kenela ikut procedure..huhu..Tu pun terlupa nak suh dia masukkan ayam dulu..Hehe...Apala rasa agaknya dia masak..Dah la degil..Aku suh ikut sukatan,dia main bedal je..Dah kuew tiaw dia terasa sos yang lebih..Huhu..Naseb ko la Saif...Ko dgn kawan ko yang makan..hehe...
Lagi satu,nape ntah,sejak aku dok KL ni,kesihatan aku x begitu baik..Asyik sakit je..Ni macam nak demam plak..Padahal aku ni jenis yang susah nak demam..Huhu..Selesema lagi...Pening kepala aku tengok keadaan diri aku camni:(
Tu je la yg aku nak share semalam sebenarnya..Sekarang aku nak start buat skrip aku for 1st scene....hehe...

--ADA BANYAK BENDA NAK SHARE, TAPI...--

Hari ni lepas Maghrib tadi aku dah tertido dah..konon2 nak bangun pukul 9..Nak tengok cerita Cinta Untuk Ain...Tapi, hampeh..pukul 11 baru aku terjaga...Ada banyak benda yang berlaku harini...Banyak ke..???.Xde la banyak mana pun..Ada 2 je..Tapi memandangkan mata aku ni dah mengantuk semula aku akan post cite aku sok pagi ek...
Gd Night:)

--KORANG....JANGAN SALAH SANGKA--

Korang..."uncle" yang slalu aku cerita dalam blog ni memang pakcik aku...Xyah la korang nak salah sangka eh...Aku pun minta maaf,x sangka plak penggunaan code uncode aku tu membuatkan korang salah faham..hehe...Anyway he is my uncle ok....Aku pun dah edit2 dah code uncode tu....

Tuesday, May 5, 2009

--HARI UNTUK AKU CARI PASAL KAT KL SORANG2--


Huh....Poyo je...Penat je aku story cite aku sepanjang hari ni..Tetiba leh hilang semua...Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.............Geram je aku....Dah nak kene retype smula....

Mai aku share smula..Korang nampak pic kat atas tu...Nnt aku story dgn lbh lanjut...

Hari ni..Pagi ni..Ntah nape tetiba uncle call aku banyak kali...Aku gi basuh baju, phone kat dalam bilik,mmg la x dengar kalo phone berbunyi....Sory uncle..X sengaja...

Pukul 12 uncle amek aku nak gi lunch..Ntah kat mana dia bawa aku arini, aku pun x pasti..Tp naseb baek aku berpakaian proper arini..Tapi yang pasti bangunan tu banyak yang tengah renovate..uncle bawa aku gi makan kat Dome World's Finest Coffees...huh..Makanan kat situ xde yg bwh RM20..Aku pun segan + confused nak pilih makan apa...Yela..Ni la 1st time aku masuk tempat ni..Jadi macam rusa masuk kampung dah aku ni..hehe..Last2 aku pun pilih grilled ciken with rice dgn ice lemon tea..Tu la rupanya yang korang tengok dalam gambar tu..uncle x order, katanya nak share dengan aku...Share ke..??Huhu..Padahal aku rasa aku yang makan banyak..Banyak ke...??Kalau nasi setakat 3-4 suap je,pastu dah habis dah nasinya, korang rasa banyak ke..?uncle plak cuma makan brocoli+carrot+tomato yang ada..uncle pun amek ice lemon tea je...Tapi walaupun nasi dia yang sikit tu, kenyang sangat perut aku..Alhamdulillah..Amin...Rezeki aku arini...Setakat air 2 cawan dgn sepinggan nasi+ayam tu je dah nak dekat RM50..Xpela..uncle yang bayar..hehe..Thanks uncle..

Waktu tengah2 makan tu uncle minta tolong aku belikan dia antivirus kaspersky nak install kat dalam pc dia..Gi beli kat Low Yat..Subhanallah..Waktu tu tuhan je yang tahu betapa berdebarnya hati aku sebab aku kene gi Low Yat sendiri..Mana aku reti..Sorang2 plak tu..Huhu..uncle ajar aku gi Low Yat camne..unclesuh aku naek monorel kat KL Sentral pastu turun kat Low Yat cuma uncle x ingat station apa yang berhenti kat Low Yat..Xpela..aku tawakal je..uncle anta aku gi KL Sentral, pastu aku tanyala kat kakak kat kaunter tu n dia bitau aku kene turun kat station Imbi..Thanks akak..Waktu samapi tu, turun2 je rupanya aku dah ada kat dalam Berjaya Time Square..Mengagau juga la aku nak cari jalan keluar nak gi Low Yat..Bila dah keluar,aku plak confused jalan mana ynag aku kene ikut..Huhu..Dengan selambanya aku tanya kat pakcik taxi kat mana Low Yat..Alahai..kesahnya aku kena seberang jalan je,kat belakang bangunan Amoda..Thanks pakcik..Kalo x mesti saya dah tersesat..Hehe..Aku pun meronggengla kat dalam Low Yat tu..Cari antivirus pastu gi survey printer..uncle kata nak guna printer untuk company dia..Just survey..Pastu aku cari pasal balik, jalan sorang2 kat Berjaya Time Square..Beli tu..Beli ni..Huh..Kalau dah namanya perempuan kalau x shopping x sah..Pastu aku balik..Sampai kat perumahan aku, aku teringat plak kat umah xde lauk nak dimasak malam ni.Aku pun gi la beli sawi n tauge..huhu..Favourite aku tu..Jadila,aku goreng sawi malam ni pastu makan dengan sambal ikan bilis aku yang aku bawa dari kampung..Lepas masak aku rasa mcm ngantuk2 gitu..hehe..Ingat nak melelapkan mata jap sementara tunggu Maghrib..Huh..Baru je nak melelapkan mata uncle call..Sebenarnya laptop aku de pada uncle arini..Tu yang dia call nak anta laptop n nak amek dia punya antivirus..Aku masuk dalam kereta,aku ajar uncle camne nak install tapi kene connect dgn net,,Malangnya umah uncle xde net so aku offer la guna broadband aku..Tapi uncle yang tgh berserabut (kesian aku tgk dia-banyk sgt keje yg nak difikirkan)minta tolong aku installkan..Huhu..Aku dengan x mandinya lagi, still pakai baju gi lowyat tadi,ikut je la gi umah dia..

Aku masuk je umah uncle, uncle plak baru nak masuk, makcik depan umah tu dah busy body..Aduhai makcik..Kalah makcik2 kat kampung aku tu..Bukannya kitorang nak wat pe pun..Uncle pun x tutup pintu pun sepanjang aku ada kat umah dia..Makcik...Saya ni tahu lagi dosa pahala..Uncle tu pun pakcik saya la makcik..Kalau nak busy body pun biarla bertempat..huh..Aku install semua pastu aku scan..uncle keluar gi jumpa anak dia.Tinggal la aku sorang2 kat umah tu..Dah siap semua uncle nak anta aku balik tapi tiba2 phone dia berbunyi..Staff dia call nak jumpa bncang pasal event kat Kulai 22-24hb ni..uncle minta aku ikut sebab event kali ni aku yang kena handle coz uncle gi Jakarta..Dan aku pun kena kenal staff uncle tu..Huh..Dengan bau badan aku yang dah semerbak x mandi lagi ni, dengan muka aku yang x bertouch-upnya..huh..Buat dono je la..hehe

Janji 9:30 nak jumpa,aku dengan uncle pun dah siap makan tapi x sampai2 gak..Terbayang2 dah sawi yang aku goreng petang tadi..Huhu..Xde rezeki aku kali ni nak makan sawi tu...Nak dekat kul 10 baru dia sampai..Huh..Mata aku dah sepet nak terpejam2 dah nahan ngantuk...Tapi xpela..uncle lagi penat tapi dia maintain je,xkan aku xleh...Lepas meeting uncle anta aku balik..10:30 aku sampai kat umah,dah gelap dah umah..Awal betul housemate aku tidur malam ni..Malam2 buta aku mandi-(ni la habit aku waktu kat kolej dulu)..Takut je jadi habit lagi kat sini..lalalalala...
Tu je la yang aku nak share harini....

ok Korang..Gd Nite...

Sunday, May 3, 2009

--NO MORE TOPIC--

Bosan...Tu la yang aku lalui hujung minggu ni..Dok sorang2 kat rumah..Housemate sume balik kampung..Takkan aku nak balik kampung lagi, baru 3 hari aku katsini...Dok tido..tgk tv..mkn..tu je la keje aku...Ada mood aku touch up sikit keje2 aku...Nak jalan keluar xde member..Member2 sume balik kampung..uncle pun balik kampung..Takkan aku nak jalan sorang2..X best langsung..Nak update blog pun xde idea..xde cite...Cuma pagi tadi aku ber ym dgn Chriss..Coursemate aku dulu...Katanya nak sambung master..Kalo ada rezeki ni bulan 7 nnt dah start..Aku...?Aku pun ntahla..Tengah berkira2 nak sambung ke x..?Susah2 sangat..Aku buat PJJ je la..Sambil belajar sambil cari duit...Tapi semua tu hanya bermain2 dalam fikiran aku je..Keputusan pun x dibuat lagi...Aku rasa macam nak pergi bercuti je..Serabut dah kepala aku sebulan ni siapkan keje..Tapi destinasi aku...??Duit lagi...Huh..Zaman sekarang ni xde duit susah..Nak buat apa pun semua kena duit...
Huh..Aku dah melalut dah..Wateva.....Dah bermalam2 aku tido kul 3-4 pagi..Malam ni aku nak tido sebelum pukul 12..huh...
Kawan2....Good Night...:)

Friday, May 1, 2009

--KISAH ALLAHYARHAM PAKTEH--

Kak Ana call aku waktu aku nak tunggu azan Isyak tadi..Kak Ana ingatkan aku gi Kedah malam ni..Nak ikutkan memang aku nak gi malam ni..Tapi tadi bila aku tengok account bank aku, gaji aku keje kat Selesa Hotel x masuk2 lagi..iasa Irshad dah masukkan duit 28hb..Ni dah 1hb dah..Kene tunggu hari Isnin ni la aku nak call Irshad..
Kak Ana cerita pasal arwah Pak Teh..Arwah dah selamt dikebumikan dah pagi tadi..Kenduri tahlil dan arwah untuk 3 malam berturut2 ni Mak Teh buat kat masjid je..Kenduri arwah hari ke 7 nanti abru Mak Teh nak buat kat rumah..
Kesahnya, arwah kena demam campak..Dan kebetulan kat sana musim orang buat maulud..Arwah ni palk bedal je semua makanan yang ada, x berpantang..Tu yang doktor kata campaknya tak jadi keluar,tapi masuk balik ke dalam badan..Tu yang arwah kene tahan kat PMC 2 hari...Doktor masukkan kamera dalam badan arwah, dan kebetulan doktor dapati hati arwah dah diselaputi dengan lemak..Arwah ni dulu kuat merokok...Pastu ada 3 kebocoran pada usus arwah...Lepas 2 hari, doktor benarkan arwah balik ke rumah..Sehari je kat rumah arwah kene tahan balik masuk kat hospital Jitra...3 hari arwah kat hospital..MakTeh bitau kat Kak Ana, arwah dah xleh nak bercakap..Lidah dah kembang + kebas..Dah pakai pampers pun..Kak ana pun terkejut n x sangka arwah senazak tu..Malam semalam Mak Teh call Kak Ana bitau arwah dah nazak..Kak Ana n family terus gi hospital..Lepas diorang bacakan yasin arwah pun pergi...Macam tu je..Tuhan memudahkan urusan arwah kembali kepadaNya...
Yang aku ampu lakukan buat arwah hanyak memperbanyakkan bacaan yasin dan Al-Fatihah untuk arwah..
InsyaAllah, kalau xde aral Jumaat depan aku akan ke sana....

--SEHARIAN BERSAMA KAK WAN--




Hari ni seharian aku keluar dengan kak wan..Dah lama x jumpa kak wan..Nak dekat setahun setengah gak....Harini kak Wan belanja aku makn..hehe..Thanks akak...Yela..Orang tu nak jadi "OKB" minggu depan..Leh request lagi ni....Kitorang makan kat food court kat KL Sentral tu...2 jam kitorang sembang sampai x ingat dunia....hahaha...Kak Wan jadi motivater bebas hari ni..Dah lama x dengar kak wan membebel..Seronok...Hehe..Jangan marah kak...


Lepas kitorang tukar2 cerita, kitorang pun turun..Mencari destinasi yang nak dituju selepas tu..Turun kat tingkat 2 tu tiba2 ada sorang mamat ni bagi salam kat aku...Huh..Terkejut aku dengan kak wan..Ingatkan sape..Rupanya Farel...X sangka plak leh jumpa Farel kat sini...Dia kata nak gi uma kawan dia kat Setapak...So sementara dia tunggu kawan dia tu samapi, kitorang jalan2 la kat sekitar area KL Sentral tu....Sampaila last sekali aku temankan Farel gi beli tiket train nak balik Ipoh....Ipoh mali ma....hehe...Pastu kitorang berpisah sebab kawan Farel dah sampai..Sekali pandang muka kawan Farel tu macam muka Safar versi 'berisi" sikit..hehe..


destinasi aku dengan Kak Wan seterusnya gi melencong ke Mid Valley..Penat + lenguh kaki aku berjalan 1 Mid tu..huhu...Last2 kitorang gi la makan kat KFC..Ya ampun..crowded gile..Yela..orang bercuti arini..Tapi xpela...Lapar punya pasal queue jugala...Kesian aku tengok akak pregnant kat depan aku tu..Orang2 ni x consider betul..Maen langgar je akak tu..Dah la akak tu dah sarat sangat aku tengok..Husband dia pun satu..Manala husband dia..Patuttnya husband dia la yg gi belikan..Kalo pape terjadi kat wife dia kan,dia gak yang susah...


Lepas makan..kitorang plan nak balik...Hari pun dah nak senja..Kak Wan balik Nilai...Berpisahlah kitorang kat tangga platform petang tadi...Huhu..Thanks kak Wan..next time leh la belnja kite lagi ek....

Ni aku nak story waktu aku nak naek komuter kat Mid Valley Station...Ya ampun..ramai betul orang..Tapi tu aku x kesah la..Tapi yang aku geram dengan polis bantuan tu..pempuan..Garang + k_ _ _ _ g a_ _ r sangat... Tak profesional betul..keje ikut emosi..Kalo ye pun nak marah minah india tu agak-agak ar..Ala...Tu dengan perempuan dia berani ar nak tengking2 camtu..Kalo kene dengan jantan tu..huh...baru bertemu buku dgn ruas agaknya..Ada ke patut boleh marah kuat2..tiup wisel sekuat2 hati..boleh jerit.."hoi..kau nak mampus ke..??X reti2 bahasa ke??" Aduh...hilang sifat keperempuanan dia waktu tu...Polis Bantuan lelaki yang kat situ xdela plak macam singa betina ynag macam dah sebulan x makan tu...

Aku sampai kat umah nak dekat kul 8 gak...Waktu nak tunggu Isyak tu Kak Ana call aku...So apa yang aku perbualkan dengan Kak Ana tu nanti aku cite kat next post aku jap lagi...:)